Ahad, 10 Mei 2009

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SKPI 2009

Olahragawan & Olahragawati SKPI 2009, adik Rauf dan adik Haziqah berambar bersama Puan Nik Aziah.

Bertempat di Sadium Mini Seri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsung Temasya Sukan Olahraga Tahunan ke 14 Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Seawal jam 7.30 pagi lagi warga SKPI telah berkumpul diperkarangan sekolah sebelum dipecahkan mengikut rumah sukan masing-masing. Sebanyak 9 buah bas akan membawa warga SKPI ke lokasi kejohanan.

Tepat jam 9.00 pagi perbarisan masuk para peserta bermula dengan dimulakan dengan perarakan masuk bendera SK Pandan Indah. Selepas itu, setiap rumah sukan berarak masuk dimulakan dengan Rumah Laksamana dan dikuti Rumah Bendahari, Temenggung dan diakhiri Rumah Syahbandar.

Sebaik sahaja kesemua pasukan telah mengambil bahagian di hadapan pentas utama, lafaz ikrar sukan olahraga telah dibacakan oleh adik Faris. Kemudian bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Azizan dan seterusnya ucapan perasmian telah dilaksanakan oleh Puan Nik Aziah Nik Yusof, Guru Besar SK Pandan Indah. Sejurus selepas perasmian, penyampaian hadiah bagi acara padang telah dijalankan.

Acara olahraga telah dimulakan dengan acara 80 meter berpagar, 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter, 4 X 200 meter serta acara khas untuk para ibubapa dan guru.

Setelah tamat acara olahraga, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua PIBG, En Abdul Ghani Bakar, Yang DiPertua PIBG Mejar Ramli Jusoh serta Guru Besar Puan Nik Aziah Nik Yusof.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Rauf dan adik Haziqah kerna telah berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SK Pandan Indah 2009. Terdapat 3 persamaan jelas diantara keduanya iaitu masing-masing berjaya mendapat 4 pingat emas dalam kesemua acara yang ditandingi, keduanya adalah ahli Rumah Laksamana dan yang paling mengujakan adalah keduanya adalah murid Tahun 5! ... Syabas SK Pandan Indah kerja berjaya melahirkan atlit yang bakal menyinar sedari awal lagi.

Debaran penuh terasa sebelum pengumuman rumah manakah yang bakal menjadi juara pada kali ini dan seperti yang telah dijangka RUMAH LAKSAMANA berjaya mengekalkn kejuaraan mereka sekali lagi. Tahniah!

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua para ibubapa yang telah sudi meluangkan masa member sokongan kepada para peserta, para guru yang bertungkus lumus menjayakan temasya sukan pada kali ini dan juga orang perseorangan yang telah banyak membantu.