Hukum IktikafHukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.
Jadual Malam Lailatul QadarBerkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:
Jika awal Ramadhan, jatuh pada hari
Ahad atau
Rabu, malam Lailatul Qadarnya pada
malam 29 RamadhanJika awal Ramadhan, jatuh pada hari
Isnin, malam Lailatul Qadarnya pada
malam 21 RamadhanJika awal Ramadhan, jatuh pada hari
Selasa atau
Jumaat, malam Lailatul Qadarnya pada
malam 27 RamadhanJika awal Ramadhan, jatuh pada hari
Khamis, malam Lailatul Qadarnya pada malam
25 RamadhanJika awal Ramadhan, jatuh pada hari
Sabtu, malam Lailatul Qadarnya pada
malam 23 Ramadhan Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"
Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65
Moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun.
Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat . Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari.
Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari.
Wallahu 'alam bis sawab.