Isnin, 11 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA
WARGA PENDIDIK SK PANDAN INDAH

JASAMU DIHARGAI ...

Harum bunga yang mewangi
Dirimu mengharum dibibir mulia
Ku terpesona memandang keikhlasan mu
Membantuku tanpa rasa jemu

Saat warna warna indah
Dunia mengenalimu sebagai pendidik
Kau mendidik muridmu sehingga berjaya
Kami bangga menjadi muridmu

Guru ... Guru ...yang disayangi
Bantuanmu amat dihargai
Guru ... Guru ... yang berbakti
Umpama cahaya menerangi kami

Sejak berzaman dahulu
Engkau mengajar kami erti kehidupan
Kini tibalah masanya dirimu dikenang
Kau umpama ibu bapa kami

Jangan engkau putus asa
Didalam mendidik anak bangsamu
Kami doakan kalian sejahtera
Kami ucapkan Selamat Hari Guru


Hasil Nukilan ...

Setiausaha Kehormat
PPM 03 Sungai Besi WPKL
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
(TIKL 9091)

Ahad, 10 Mei 2009

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SKPI 2009

Olahragawan & Olahragawati SKPI 2009, adik Rauf dan adik Haziqah berambar bersama Puan Nik Aziah.

Bertempat di Sadium Mini Seri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsung Temasya Sukan Olahraga Tahunan ke 14 Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Seawal jam 7.30 pagi lagi warga SKPI telah berkumpul diperkarangan sekolah sebelum dipecahkan mengikut rumah sukan masing-masing. Sebanyak 9 buah bas akan membawa warga SKPI ke lokasi kejohanan.

Tepat jam 9.00 pagi perbarisan masuk para peserta bermula dengan dimulakan dengan perarakan masuk bendera SK Pandan Indah. Selepas itu, setiap rumah sukan berarak masuk dimulakan dengan Rumah Laksamana dan dikuti Rumah Bendahari, Temenggung dan diakhiri Rumah Syahbandar.

Sebaik sahaja kesemua pasukan telah mengambil bahagian di hadapan pentas utama, lafaz ikrar sukan olahraga telah dibacakan oleh adik Faris. Kemudian bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Azizan dan seterusnya ucapan perasmian telah dilaksanakan oleh Puan Nik Aziah Nik Yusof, Guru Besar SK Pandan Indah. Sejurus selepas perasmian, penyampaian hadiah bagi acara padang telah dijalankan.

Acara olahraga telah dimulakan dengan acara 80 meter berpagar, 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter, 4 X 200 meter serta acara khas untuk para ibubapa dan guru.

Setelah tamat acara olahraga, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua PIBG, En Abdul Ghani Bakar, Yang DiPertua PIBG Mejar Ramli Jusoh serta Guru Besar Puan Nik Aziah Nik Yusof.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Rauf dan adik Haziqah kerna telah berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SK Pandan Indah 2009. Terdapat 3 persamaan jelas diantara keduanya iaitu masing-masing berjaya mendapat 4 pingat emas dalam kesemua acara yang ditandingi, keduanya adalah ahli Rumah Laksamana dan yang paling mengujakan adalah keduanya adalah murid Tahun 5! ... Syabas SK Pandan Indah kerja berjaya melahirkan atlit yang bakal menyinar sedari awal lagi.

Debaran penuh terasa sebelum pengumuman rumah manakah yang bakal menjadi juara pada kali ini dan seperti yang telah dijangka RUMAH LAKSAMANA berjaya mengekalkn kejuaraan mereka sekali lagi. Tahniah!

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua para ibubapa yang telah sudi meluangkan masa member sokongan kepada para peserta, para guru yang bertungkus lumus menjayakan temasya sukan pada kali ini dan juga orang perseorangan yang telah banyak membantu.

Rabu, 6 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU



Ibu ... ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ... ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ... ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu ...

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ayah dan ibu ... Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Selasa, 5 Mei 2009

TEMASYA SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Temasya Sukan dan Sukaneka seperti ketetapan berikut:

SUKANEKA (PRASEKOLAH & TAHAP 1)

Tarikh
8 Mei 2009 (Jumaat)

Masa
7.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Lokasi
Padang SK Pandan Indah

Penglibatan
Murid Tahun 1 hingga 3 sahaja
(Murid Tahun 4 hingga 6 digalakkan hadir)


TEMASYA SUKAN TAHUNAN (TAHAP 2)

Tarikh
10 Mei 2009 (Ahad)

Masa
7.30 pagi hingga 2.00 petang

Lokasi
Sadium Mini Seri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur

Penglibatan
Murid Tahun 4 hingga 6 sahaja
(Murid Tahun 1 hingga 3 digalakkan hadir)

Murid-murid yang tidak teribat digalakkan hadir dengan berpakaian sukan yang lengkap. Para ibubapa / penjaga juga dijemput had ke majlis tersebut bagi memeriahkan acara.

Sehubungan dengan itu, sekolah akan bercuti pada 11 Mei 2009 (Isnin) dan dibuka semula pada 12 Mei 2009 (Selasa).

Sekian ... harap maklum.