Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agung PIBG SK Pandan Indah telah ditetapkan seperti berikut:
Tarikh
21hb Februari 2009 (Sabtu)
Masa
8.30 pagi- 1.00 petang
Lokasi
Dewan Juita, SK Pandan Indah
Sehubungan dengan itu, Dato' / Datin/ Tuan / Puan dijemput hadir dan diharapkan dapat mengemukakan idea dan syor yang menjurus ke arah keberkesanan peranan PIBG dalam mempertingkatkan lagi pencapaian murid-murid dan dalam menyediakan kemudahan prasarana SK Pandan Indah.
PIBG juga akan mengadakan acara cabutan bertuah untuk para hadirin. Kehadiran Dato' / Datin/ Tuan / Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Pandan Indah pada tahun ini.
Sekian, terima kasih.