Isnin, 8 Oktober 2012

PROGRAM KEMANISAN IMAN












JUARA BOLA SEPAK TAHUN 6

TEMPAT PERTAMA.......6A

TEMPAT KEDUA......6C

TEMPAT KETIGA......6M

Jumaat, 21 September 2012

MAJLIIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

PERSEMBAHAN MURID.....

CIKGU IZNAN......GURU PENYAYANG


PERSEMBAHAN MURID PRA






MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH





JUARA KERETA BERHIAS....USTAZAH ROSLAILI.....TAHNIAH


CIKGU HASMILA PUN MENANG KERETA BERHIAS......TAHNIAH

Isnin, 2 Julai 2012

TEMASYA SUKANEKA DAN KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SK PANDAN INDAH 2012

*TEMASYA SUKANEKA - 6 JULAI 2012 (JUMAAT)

*KEJOHANAN PADANG & BALAPAN - 8 JULAI 2012 (AHAD)

*SEKOLAH AKAN CUTI PERISTIWA SEMPENA SUKAN TAHUNAN PADA HARI ISNIN, 9 JULAI 2012. SEKOLAH AKAN DIBUKA SEPERTI BIASA PADA 10 JULAI 2012 (SELASA).

HARAP MAKLUM

Sabtu, 12 Mei 2012

LADAP DI JANDA BAIK

12/05/2012 Sabtu
Pertama kali guru-guru SKPI menjalankan LADAP di Janda Baik....memang  menarik

Admin II depan sekali sedang mendengar taklimat daripada Kem Komandan....untuk pengetahuan semua pada waktu ini guru-guru baru sahaja menjalani aktiviti "Jungle Tracking"......untuk catatan seterusnya tunggu Isnin ini, Admin II kena guna Schooll "Broadband Modem" cepat sikit kalau muat naik kat blog ni...hehehe

Isnin, 7 Mei 2012

Cahaya Mata Warga SKPI




Tahniah Cikgu Mokhtar
semoga Cikgu Mokhtar akan lebih bersemangat dan ceria dengan kelahiran putera sulongnya

Tahniah Kepada Panitia KH



Tiada Siapa Berhak Mengaku Ikhlas

Ketika sedang mencari maklumat tentang SK Janda Baik melalui blog sekolah tersebut, terjumpa satu artikel yang menarik

klik sumber

KHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.Justify Full

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal 
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Dipetik daripada : mr-tazkirah.blogspot.com

ceramah motivasi tahun 6



ceramah motivasi di bilik penjana minda

wajah-wajah pemimpin masa hadapan


apa yang cikgu shamsol buat tu?????























 senam aerobic




larian berhalangan

larian berhalangan



duduuuuuuukkkkkkkkk sedia
ceramah motivasi


Jumaat, 27 April 2012

Renungan Warga SKPI...

Mengapa layang-layang itu terbang tinggi....