Pelajar-pelajar dan warga Sk Pandan Indah terdiri dari pelbagai bangsa.Telah sekian lama mereka belajar,bermain dan bergaul bersama-sama.Oleh yang demikian Pihak Pengurusan PSS telah mengadakan kerjasama dengan Panitia muzik untuk mengadakan Laman Budaya ini.
Pada dasarnya Laman Budaya ini mempamerkan alat - alat kebudayaan ,alat - alat muzik kaum dan pakaian tradisional di negara kita serta barangan kraftangan yang dihasilkan oleh warga SKPI .
Laman Budaya ini juga adalah salah satu sudut yang dikhususkan kepada Panitia Muzik untuk memperkenalkan alat-alat muzik tradisional dan alat-alat muzik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran .
Dengan kewujudan Laman Budaya ini diharapkan dapatlah para pelajar mengetahui dan melihat dengan lebih dekat Kain Songket ,replika Wau dan lain - lain lagi.
Laman Budaya ini adalah salah satu Projek terbaru PSS Sk Pandan Indah ,oleh yang demikian laman ini masih memerlukan alatan dan bahan-bahan yang berttemakan budaya masyarakat di Malaysia untuk di pamerkan .
Di harapkan pelajar-pelajar dan guru-guru SKPI mengambil peluang ini untuk mempelajari dan mengetahui bahan - bahan yang dipamerkan . Pihak Pengurusan PSS amat mengalu-alukan supaya Laman Budaya ini dapat digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
- Menghargai warisan dan kebudayaan masyarakat di Malaysia
- Menanamkan sikap kasih sayang terhadap budaya kita
- Mempelajari dan mengetahui asal-usul sesuatu alat-alat muzik yang dipamerkan .
- Melihat sendiri peralatan yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia khasnya.
- Sebagai bahan bantu mengajar semasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Menarik minat pelajar dan Warga SKPI mengunjungi Perpustakan .
- Mempelbagaikan penggunaan Perpustakaan agar lebih global dan tidak satu arah
- Menanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar agar lebih menyayangi Pusat Sumber Sekolah
Bahan – bahan yang dipamerkan adalah diselenggarakan oleh Panitia Muzik AJK Projek Laman Budaya juga mempamerkan alat-alat muzik tradisional yang terdapat di sekolah kita.contohnya gong ,kompang dan lain lain lagi
Pemilihan bahan dibuat berdasarkan Keaslian,keunikan dan nilai sejarah yang terdapat pada sesuatu bahan, walaupun begitu terdapat juga bahan - bahan yang dipamerkan adalah bahan-bahan yang agak moden.
Selaras dengan objektif Laman Budaya agar bahan-bahan yang dipamerkan Dapat digunakan sebagai Bahan bantu Mengajar semasa P&P. Bahan-bahan yang dipamerkan akan sentiasa ditambah dan ditukar agar pelajar-pelajar dapat lebih banyak pengetahuan mengenainya.
Untuk menjaga keselamatan alatan yang dipamerkan Pihak Pengurusan PSS mensyaratkan beberapa langkah yang patut di patuhi.
Setiap murid yang hendak mengunjungi Laman Budaya mestilah Ditemani oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang bertugas. Masa lawatan adalah seperti di bawah :
- 10.00 pagi - 10.20 pagi
- 10.30 pagi – 10.50 Pagi
- 3.20 petang - 3.50 petang
- 4.00 petang - 4.20 petang
Kelas berhak melawat Laman Budaya bila-bila masa dengan bimbingan guru.Pihak Pengurusan amat menggalakkan Lawatan secara kelas dan Laman Budaya ini boleh digunakan dalam aktiviti Pengajaran dan pembelajaran.
Pihak pengurusan PSS amat mengalu-alukan Warga SKPI dan Para pengunjung agar dapat mengunjungi Laman Budaya ini adalah salah satu Tarikan yang istimewa di SKPI
Antara aktiviti-aktiviti yang disarankan adalah :
- Sesi Lawatan
- Kuiz oleh Panitia,kelas dan lain-lain
- Penyediaan Bahan Bantu Mengajar
- Penyediaan Pentas Bercerita
PENGHARGAAN
Pihak Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Muzik ingin mengucapkan Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak Pentadbiran SK Pandan Indah yang diketuai oleh Guru Besar iaitu Pn Nik Aziah Nik Yusuf dan barisan Penolong Kanan yang lain yang mereka ini telah memberikan sokongan dan kerjasama untuk menjayakan Projek Laman Budaya ini.
Ucapan terimakasih juga kepada Ustaz Zawawi dan En.Azhari ,dengan kretiviti merekalah maka Projek Laman Budaya ini dapat direalisasikan.
Tanpa sokongan guru-guru Sk Pandan Indah yang banyak memberikan pertolongan, nasihat dan sumbangan alat - alat pameran ini Projek Laman Budaya tidak dapat realisasikan.
Bantuan dan kerjasama ini amat dihargai. Adalah Menjadi tanggungjawab Pihak Pengurusan PSS untuk memastikan agar Projek Laman Budaya ini dapat dimanfaatkan dan digunakan dengan sepenuhnya agar ia dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada warga Sk Pandan Indah Khususnya