Isnin, 13 Oktober 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Suka pihak Admin SKPI mengingatkan kepada semua murid SKPI bahawa peperiksaan akhir tahun sudah semakin dekat.

Murid² diingatkan agar mula mengulangkaji pelajaran dan pastikan segala matapelajaran yang lemah dapat diperbaiki walaupun tarikh untuk hari peperiksaan sudah semakin menghampiri.

Elok disemak semula kertas ujian bulanan dan berbincang bersama guru, kawan² sekelas maupun ahli keluarga agar mana mana kelemahan dapat dikenalpasti.

Admin SKPI ingin mengucapkan selamat menempuhi minggu peperiksaan kepada semua murid SKPI!.


Salam hormat,