Isnin, 11 Julai 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2011


Pada 9 - 10 Julai 2011, bertempat di Impian Country Resort, Hulu Langat, seramai 76 orang murid yang terdiri dari pengawas sekolah dan ketua kelas telah mengikuti kursus ini. Kursus anjuran Unit Hal Ehwal Murid SKPI yang diuruskan oleh JK Unit Disiplin bersama JK Unit Bimbangan dan Kaunseling memberi kepercayaan kepada fasilitator dari kem ICR untuk mengendalikan program berkenaan.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya ketahanan dan ciri kepimpinan kepada para peserta untuk membantu mereka melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin rakan sebaya di sekolah. Sepanjang kursus peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang amat berfaedah dan menyeronokkan seperti aktiviti latihan dalam kumpulan, ice breaking, ceramah, night tracking dan sebagainya. Dalam pada itu juga para peserta dididik dengan asas didiplin yang tinggi seperti menepati masa, kebersihan, pergaulan yang sihat dan mesra, bekerja sama dan sebagainya.

Hampir 20 orang guru telah terlibat menjayakan progarm ini. Turut serta menjayakannya ialah guru besar Puan Nik Aziah yang juga turut bermalam di kem tersebut bersama para peserta. Kepada semua guru yang meyumbangkan tenaga dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini, diucapkan terima kasih dan syabas!

Mudah-mudahan para peserta mendapat menafaat dari aktiviti-aktiviti yang telah diikuti dan mampu merubah sikap mereka menjadi seorang pemimpin pelajar yang lebih baik.